Info Terkini

Top 100 Youtuber Pendidikan 2024 : Sekalung Penghargaan

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat dan peluang yang diberikan. Dari permulaan yang sederhana, kini saya berjaya mencapai kedudukan dalam kalangan 100 Youtuber Pendidikan terbaik. Perjalanan selama 4 tahun sebagai sukarelawan Akademi Youtuber Malaysia (AYU) adalah satu pengalaman yang amat berharga.



Setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan kepada semua warga AYU, terutamanya kepada YM Yu Muhammad Suffi Yusof, Yu Zuly Rahimie Zulkfli, Yu Abeymat PB, dan KP AULA Yu Hazar atas bimbingan dan sokongan yang tidak pernah putus. Terima kasih juga kepada rakan-rakan panitia AULA yang sentiasa memberi inspirasi dan kerjasama.

Tidak dilupakan, kasih sayang dan sokongan daripada isteri tercinta, anak-anak, ibu bapa serta adik-beradik yang sentiasa berada di sisi saya sepanjang perjalanan ini.

Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada semua subscribers yang sentiasa menyokong dan memberi dorongan. Sokongan anda amat bermakna dalam perjalanan ini. Mari teruskan perjalanan ilmu bersama-sama, jangan lupa singgah di channel YouTube saya: CfuSyamz.

Terima kasih.

No comments

●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩ŕą‘▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬ŕą‘۩۩