Selamat Hari Raya Aidilfitri 1444H #CfuSyamz
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, setelah sebulah kita berpuasa, menahan lapar dan dahaga, serta melaksanakan ibadah puasa serta amalan-amalan sunat yang telah ditawarkan kepada semua umat islam, kita menyambut bulan Syawal dengan gembira serta aktiviti-aktiviti kunjung mengunjung sesama ahli keluarga,sahabat handai rakan dan taulan.
Walaupun agak ketinggalan, saya dan keluarga ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua ahli keluarga, sahabat-sahabat, serta semua yang mengenali diri kami. Maafkan jika ada salah serta silap kami sepanjang kita berukhuwwah andainya ada kata terlanjur bicara, ada laku mengundang haru, ada khilaf dalam berukhuwwah..semoga Syawal yang indah ini terus mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita.
Sebulan dalam bulan Ramadan agak menyempitkan ruang waktu untuk saya membuat coretan di ruangan maya ini, apabila segala tenaga dan waktu digunakan untuk digembeleng dalam menggalas tanggungjawab sebagai urusetia Program Transformasi Minda bagi guru-guru yang bakal ditetapkan dalam perkhidmatan, jiwa untuk membuat coretan di sini sudah ke 'laut dalam'...ala kulli haal...semoga rakan-rakan sentiasa dalam lindungan dan rahmat ilahi..
Akhir kata...
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Ikhlas : CfuSyamz dan Keluarga
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin CfuSyamz dan keluarga..
ReplyDeleteLama dh x main blog² ni. Dulu pernah jugak bercerita dlm blog. Hihi..
Sama-sama...terima kasih sudi singgah dan berkomentar di sini...boleh lagi tu teruskan menulis dan bercerita kembali dalam blog...blog ni takkan lapuk den hujan,takkan lekang dek panas..in syaa'Allah...hehe..BTW...siapakah gerangan ni ya..(^_^)
Delete