Info Terkini

2022 Melabuhkan Tirai, 2023 Hadir Bersama Azam dan Impian Baharu | cfusyamz[dot]com Pembuka Tirai!

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Syukur ke hadrat rabbul 'izzati atas segala kurniaan yang tidak terhingga, segala puji dan puja bagiNya yang mentadbir alam dengan maha bijaksana, selawat dan salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad S.A.W. para Tabi'in. Taabi' tabi'in dan seluruh ummat Islam.

cfusyamz.com
Tahun 2022 melabuhkan tirainya dan meninggalkan banyak kenangan manis buat CfuSyamz dan keluarga. Manakala tahun 2023 pula datang dengan cabaran serta keazaman yang lebih baik, in syaa'Allah. Permulaan tahun 2023 bagi CfuSyamz adalah dengan memiliki domain [dot] com iaitu laman blog yang sebelum ini hanya menggunakan cfusyamz.blogspot.com, kini sudah dikenali dengan alamat : https://cfusyamz.com

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, hasil 'racun' yang tidak putus-putus daripada Yu.Suffi and the gang, akhirnya terjebak juga saya untuk membeli domain [dot] com ini. Sebenarnya sedari dulu lagi ketika berkecimpung dalam dunia blogger(walaupun lama bersawang), saya ingin memiliki domain [dot] com kerana ianya sangat mudah diingati dan dilihat sangat diyakini pabila menggunakan domain [dot] com ini. Alhamdulillah, saya berasa sangat seronok dan bersyukur dapat berada dalam kalangan orang2 yang sentiasa memberikan aura positif dan sentiasa men'jentik' diri bagi berdaya saing.

Antara kenangan 2022 bagi saya ialah :

  1. Dapat berpindah ke Negeri Terengganu dan berkhidmat di SK Cheneh Baru, Kemaman, bermula episod dan kenangan indah dapat ulang-alik marang-kemaman bersama seorang sahabat syurga, Ustaz Abdul Hadi Mazlan.
  2. Rumah 'Bait Sa'aadah' Syamz dan Syidah akhirnya dapat disiapkan dan seminggu sebelum raya puasa 2022 kami berpindah masuk ke sana, Alhamdulillah...
  3. Ditukarkan daripada gelaran seorang guru kepada pegawai pengurusan di IPG. Maka, tinggallah Ustaz Hadi sorang-sorang berulang alik.
  4. Mendapat perkhabaran Al-Fadhil sahabat baik, ustaz Hadi dapat berpindah ke sk sg buloh, kuala berang..Alhamdulillah3!

Alhamdulillah, semoga tahun ini,2023 akan lebih baik daripada tahun 2022, in syaa'Allah. Mohon sahabat-sahabat CfuSyamz doakan kesejahteraan kita bersama.

#jagadiri
#CovidSemakinMengganas

Cfu Syamz
1 Januari 2023




8 comments:

  1. Aamiin... Tahniah... moga terus cemerlang dan beroleh kebahagiaan pd 2023 dan tahun2 berikutnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas sokongan.. In syaa'Allah hari ini lebih baik dari semalam.. 😍

      Delete
  2. Selamat Tahun Baru. Terus cemerlang!

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Terima kasih Yu.LK..sudi jenguk blog marhaen..hihi...

      Delete

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩
Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang dimuatkan di sini,jadi sudilah kiranya utk mengulas@memberi komentar disini :

1. Jagalah adab menegur
2. Sila gunakan nama@link utk kemudahan bersama
3. Terima kasih sudi komen..
4. Boleh Guna Kod² Seperti Ini <b>, <i>, <a>

●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬▬▬●●▬▬▬▬๑۩۩